Objektif
Program ini menggariskan beberapa objektif bagi mencapai impak positif terhadap kestabilan ekonomi negara iaitu:
- Menggalakkan wujudnya premis perniagaan yang menjual barangan yang digemari oleh pengguna dengan harga yang berpatutan dan kompetitif tanpa mengabaikan kualiti dan perkhidmatan jualan;
- Memberi pengiktirafan kepada premis perniagaan yang menjual barangan dengan harga berpatutan serta kompetitif dan mempunyai sistem perniagaan runcit yang menjamin kualiti barangan, perkhidmatan jualan dan etika perniagaan;
- Membantu pengguna mengenalpasti premis perniagaan yang menawarkan barangan dan perkhidmatan jualan yang berkualiti pada harga yang berpatutan dan kompetitif; dan
- Meningkatkan imej negara sebagai destinasi pelancongan dan pusat membeli-belah yang mesra pelanggan dan berdaya saing.
Pengenalan